Tuesday, June 15, 2010
palestine tomorrow will be free!!!
kalau nak buat sajak ke,pantun dan lain2 komen lah ya.:) (tunjukkan bakat anda sekarang)
pantun....
saya pergi ke rumah datin,
datin memberi sebuah kotak susu lembu.
demimu palestin!
kami akan memenuhi panggilan mu!!
we need tarbiyyah
for facts:ISMA dah masuk dah dalam gaza.:p
Posted by ammae@wakaka at 6:12 PM 2 comments
Sunday, June 13, 2010
demi matahari - surah as-shams
assalamualaikum, welcome back!!!
ini dia lagu yang best...
st.yang di translate daripada surah as-shams.:)
tadaah!best tak? bye2!!! (my sister says:"tidur lagi best.")
mana satu lagi tidur atau dengar lagu ni.jawab kat comment lah.
assalamualaikum!atuk oh atuk!!!hehehehe:p..saje-je lah~
Posted by ammae@wakaka at 2:39 AM 1 comments
Saturday, May 22, 2010
ohno!!!!exam time!!!!!2
aslm,
ya allah ampunilah dosa dosa pembaca pot ini ya allah.hi!kite kembali ke rancangan islamic warriors.
saja2 nk bagi satu hadis ni:sabda rasulullah A.S.
barang siapa yang mengambil wuduk walaupun sebelum itu dia sudah berwuduk,ia akan dapat 10 hasanat.
bila pulak nak cakap pasal exam ni?
semua orang yang membaca post ni.tolonglah berdo'a supaya ana dapat no.1 ataupun berusaha.yang lebih penting berdo'a supaya ana berusaha.sebab.....
1.usaha tangga kejayaan
2.usaha beri kita pahala
so nak senang do'a dua dua sekali eh?hehehehe>--D
sebab result tu allah yang bagi!
wassalam,jangan lupa baca do'a sebelum masuk tandas!eh......jangan lupa baca do'a untuk saya!!!
Posted by ammae@wakaka at 2:03 AM 4 comments
x nak buat pahala tapi nak buat dosa?
aslm,
rasanye,ramai sangat orang yang suka buat dosa.buat dosa rasa macam susah,
contohnya:kalaulah ada seorang pencuri,yang nak masuk kedalam rumah orang kaya.tapi dia kena buat mcm2 .dia kena cari jalan masuk,kena angkut barang lagi. nak berjudi kena bayar duit dekAT SIAPA MENANG,nak minum arak sangat mahal dan nak isap rokok tapi nanti kena kanser.
kalau bu at baik pulak senang je.
contohnya:senyum satu sedekah.tolong guru bawak barang,walaupun barang tu kita dah xguna, kalau kite sedekahkan kepada orang miskin dapat pahala,ajar adik dan lain2
ramai x orang yang buat dosa?mesti ramai.buat mcm jarang nampakkan.katanye dunia dah maju tapi sebenarnya dunia ni semakin lemah.....
wassalam,sorry sebab pendek 'post' ni.....T_T
Posted by ammae@wakaka at 12:39 AM 5 comments
Sunday, May 16, 2010
don't know what to do?:)
assalamualaikum,
jawab semua soalan ni kat comment bab agama
1.do you know what to do?
2.do you feel bored?
3.getting tired?
________________________________________________________________________________________________
mathematics
1. 350
x 5
2. 500
x 90
3.6050
x50
________________________________________________________________________________________________
tajwid
1.tajwid pada lurah:
2.hikmah mengamalkan ilmu tajwid:
3.tajwid pada istiqamah:
________________________________________________________________________________________________
dah jawab.sila tunggu jawapan pada hari juma'at depan.
1 soalan lapan markah.
Posted by ammae@wakaka at 2:02 AM 2 comments
Monday, May 10, 2010
ni jadi sebab tak sengaje je ni.....-_-"
assalamualaikum,
dah lame dah x "update" blog kan?
mula2,dah berlatih untuk bercerita.tapi rase cam x leh menang,tapi ni semua terjadi kerane kehendak....tulis lah jawapanya dalam "comment" ..eh x tak sangka dapat nombor 2.tapi alhamdullilah....tibe2 diorang buat pengunuman."ade sedikit perubahan,athifah dapat nombor 1 dua kali.
bercerita:1
hafazan:1
wah hebatnya!
sambung yang tadi,"jadi ammar akan mewakili untuk bercerita ke peringkat zon timur".terkejut la pulak!
di peringkat zon timur.
lepas semua drama kat situ. datanglah si budak kecil ini yang bernama ammar.lepas bercerita
muhsin bin muhd fadshil lak bercerita.lepas muhsin tu dah bercerita,keputusan pun datang.banyak nye pahang menang.tibe2,ammar badhrulhisham tempat 1!
tibe2,terdengar satu teguran "tahniah" daripada muhsin bin muhd fadshil.sambil bersalam.terharu tollah..... kita perlu contohi dia. omedeto:tahniah
Posted by ammae@wakaka at 2:35 AM 1 comments
Thursday, April 8, 2010
Terasa Sebak......
assalamualaikum,
waktu tu waktu persekolahan,mustaqim kawan ana.cakap"jom kite buat club baik".x sedap la name tu...kate baihaqi,ape kate kite bagi name islamic warrior ".boleh gak.mustaqim kate.semua orang setuju.waktu kat rumah ana cerite la pasal club tu kat kakak ana hanan http://nur98hanan.wordpress.com/ x payah tulis http tu....kakak ana pun bagila tazkirah,kite lagi manja dengan mak je,walau pun allah suruh kite sayang mak lagi dari pade ayah tapi,ayah kite x berhak ke nak dapat kasihsayang dan ciuman,ammar cakap macam tergagap gagap je bile cakap ngan abah.bile cakap ngan kawan.bersungguh-sungguh sangat.hati ana terase sebak...tapi,waktu tu baru bangun pagi .ana bangun pukul 5:15 ana pergi bilik mak ana,mak ana tengah solat tahajjud ana pon ikut sekali. lepastu,ana pon tidur kat bilik mak ana.bile bangun,abah yang kejut tapi waktu tu dah pukul 7:00 ana pon marah abah sebab kejut lewat.bile dah turun tu abah diam je....ammar wktu tu rase macam nak cakap sori,tapi dah terlambat.abah dah gi KL .waktu nak balik sekolah,ana mintak telefon kakak ipar ana.ana hantar mesej maaf pade abah.ana baru rase happy waktu tu.
Tau dok? Allah suruh kita sayang mak tiga kali baru abah. Tapi tak bermakna kita tak sayangkan abah langsung. Renungi kisah ini:
Ade la sorang budak tu, dia ni pandai kat koloh. Tapi dia tak suka ayah dia. Dia kata ayah dia ni boring. Tak best. Dia lagi sayang abang dia sebab abang dia best. Pandai main game, suka bagi hadiah, baik.. Tapi abang dia tu sayang abah dia. Abang dia selalu pesan kat dia,
"Tu kan abah kita. Kenapa Amin tak suka ngan abah? Abah penat cari duit untuk amin pergi sekolah tau. "
"Alah... Nanti Amin nak cari duit sendiri lah. Bukan susah pun nak cari duit!"
"Degil la Amin ni! EEii kau ni! Eeeii!" Kata si abang sambil mengetuk kepala Amin beberapa kali. Geram. Adiknya yang sorang ni memang kurang ajar!
Hari berlalu demi hari. Sampailah akhirnya exam pun datang. Amin berusaha sebaik mungkin untuk merangkul tempat pertama. Akhirnya, dia merangkul juga tempat yang diidamkannya. Seperti yang dijangka, abangnya menyambutnya dengan gembira. Dia diberi hadiah. Mainan Robot Transformers yang baru kini jadi miliknya.
Ayahnya hanya memandang dengan senyuman. Lalu ayanhnya mengucapkan tahniah,
"Tahniah Min, pandai anak abah ni."
"Hmm, ye, ye..." Amin berlalu pergi. Abangnya memandang muka ayahnya yang kesedihan. Rasa simpati membuak-buak lalu dia mengucapkan sesuatu..
" Takpe bah, biar Along bagitau Amin robot tu abah yang belikan.."
"TAkpelah Long, nanti dia taknak main kang dengan robot tu.."
"Tapi bah, Amin tu tak hormat abah pun. Takkanlah setiap hadiah yang abah beli along yang dapat ucapan terima kasih?"
Abah cuma tersenyum dan berlalu ke biliknya. Along mengeluh. Kesal dengan perbuatan adiknya.
Di dalam bilik, Amin membelek-belek hadiah itu. Rasa seronok yang teramat. TIba-tiba rasa mengantuk menguasai dirinya,
"Amin! Bangun! Jom pergi masjid dengan abang." Abang Longnya mengejutkannya. Amin bangun dengan malas dan tersenyum.
"Ok." Amin lantas ke bilik air untuk mengambil wudhu'.
Selepas solat, tiba-tiba datang Pakcik Haji Mannsur. Dia tercungap-cungap. Mungkin penat berlari. Detik hati Amin.
"Aiman! Ayah engko man! Haji Makruf! Kena rompak rumah engko tadi. Perompak tu ugut ayah engko pastu terus dibunuhnya!"
Dunia Amin dan Abangnya seakan gelap tiada cahaya. Terasa separuh dari nyawa direntap dari tubuh mereka. Air mata abangnya yang dari tadi memenuhi empangan sudah turun dan berlinangan. Amin rebah dari dirinya lalu terduduk menahan tangisan. Sekarang, mereka ialah anak yatim piatu tanpa ibu, tanpa ayah...
Kini, tahulah Amin segala hadiah pemberian konon dari abangnya hanya sekadar tipu semata-mata. Semuanya dari abahnya yang sekian lama mencari nafkah buat mereka sekeluarga. Amin menangis semahunya.
"ABAH!!!"
"Eh, min! Min OK tak ni nak?" Haji makruf disisinya . 'Oh, sekadar mimpi.' Detik hati Amin lega. Terus dia memeluk ayahnya lalu meminta maaf.
"Bah, Amin minta maaf bah! Amin banyak buat salah. Sori bah, sori!"
Haji makruf mengerutkan dahi. Tapi dia segera mengoyakkan senyuman. Syukur kerana kini Amin sudah pun mahu meminta maaf.
"Abah tak terasa pun. Dah tu, jom abah bawak pergi makan nak?"
Terpancar sinar gembira dia hati si anak mahupun si ayah. Dari pintu bilik, Along tersenyum gembira melihat pemandangan yang sekian lama tidak dilihatnya.
Haha, dulu cerita ana pendek je. Pastu Kakak ana tolong buat semula. Ana bagi idea pastu kakak ana tambah-tambah..
Credits to- Kak Hanan and Myself..
Posted by ammae@wakaka at 3:26 AM 1 comments