assalamualaikum,





assalamualaikum,
Posted by ammae@wakaka at 9:21 PM 0 comments
assalamualaikum,
Posted by ammae@wakaka at 1:30 AM 1 comments
assalamualaikum,semua.
sekarang ni ana dok kat umah ana je.dan sekarang ni jugak kedengaran suara bayi merengek-rengek.
bayi ini lahir 13 Oct 2011.dia lahir di Kuantan,Pahang.tempat dilahirkan pula KMC(Kuantan Medical Center)dia adalah PUTERI kepada Mohd.Afiq bin Mohd yusuf dan kakak ana,Aisyah binti Badhrulhisham,sekarang ni ummi ngan abi dia jadi fascilitator di sekolah SMART di Tok Sira.dia baru ditangkat oleh Atinnya(nenek dia).ana ngan mak ana lah yang kene jaga nya.
rupa baby yang newborn ni lebih aje kan?kalau camtu mesti korang dah tau rupa Rufaidah sebab nampak sama kan? tspi korang mesti tengok gak gambar niece Acu dia ni.
haha comel x?tangan terangkat,mulut ternganga.
ni jumpa satu poem ni
Precious one,
so small,
so sweet.
dancing in on her feet,
straight from ummi's
brightest star.
what a miracle you are
heh,sweet x?haha.sekarang ni dia cuba nak sendawa
abis lah kot post ni assalamualaikum
Posted by ammae@wakaka at 5:14 PM 0 comments
assalamualaikum semua.....
harap-harap ade gak la org yang baca blog yang dah bersawang selepas meninggalkan blog ni lebih kurang 3 bulan ni.
6 Ramadhan 1432 H Jumaat:-pada dua hari yang lepas,Sekolah Rendah Islam Al-Irsyad Kuantan mengadakan Hifzil Qur'an yang agak hebat tapi boring.(faham tak?)apa yang hebat adalah ana dan rakan2 sekelas ana menyanyikan tiga buah nasyid yang bertajuk Harapan Ramadhan,do'a khatam Qur'an dan the Chosen one.yang boringnya pulak adalah kena menunggu di luar surau selama 4 jam.tapi yang tu waktu pukul 10:30 pagi
pada pukul 9:00 pagi adik kepada salah seorang kawan sekelas ana,Fadzlul Hadi Faez,dan adiknya,Fadzlul Baqi bin Fadzil,(tak tau ada Faez ke tak) darjah satu,mengaji surah Al-Kausar, surah Bayyinah dan surah Al-Quraisy tak silap.dan rival nya Haadi lak ngaji surah ape tak ingat la pulak dan banyak lagi rival yang lain2...
pada pukul 10:30,aana dan lain2 pun menyanyikan nasyid yang bertajuk Harapan Ramadhan sahaja.tapi yang silapnya adalah kawan sebelah ana tak goyang.banat yang sepatutnya senyap sekejap sementara walad menyanyikan satu perenggan pun ikut walad jugak.agak tak perfect la.memangla tak leh nak wat perfect tapi mualimah mestilah marah habis merah tangan bekas kena cubit.auww..sakitnya!
pada pukul 11:00,kitorang kena berlatih menyanyikan nasyid yang tinggal dua je lagi tu di belakang surau.ada gak silap.banat dan walad la yang silap patutnya walad yang nyanyi banat pun ikut.bila banat yang sepatutnya menyanyi walad pun ikut dan yang ana tak puas hati adalah yang dekat belakang surau tu kan ada tanah liat so kena lah berlatih kat situ tanpa kasut(kecua;i banat la)tapi tu bukan problem nya lagi.yang problem nya adalah kawan ana,qaiyum tak nak diri atas tanah liat tu,so ana nasihat la kat surau kan ada tempat wuduk so boleh la basuh kaki nanti tapi dia tak nak gak dia tarik ana ter masuk dalam selut.grr!!ana marah sangat kat dia!
pada pukul 11:30,kitorang pun gi la bernasyid,biase2 je la kan...lepas tu lak apa...haa!cubelah teka,bendenya adalah penyampaian hadiah.adik Fadzlul tu dapat nombor....2!bleh tahan la kan,kan?yang pertamanya ialah haadi....yang keseluruhan punya pemenang ialah atifah binti ali dengan markah 95(darjah 1 sampai darjah 6)yang sedihnya yang kitorang buat nasyid tu hanya lah persembahan so,x dapat lah hadiah...tapi xpe lah pengalaman kan?okey lah jom kita rehat dulu.
wabillahi taufiq wal hidayah,wassalam,wallahua'lam..
Posted by ammae@wakaka at 9:03 PM 0 comments
Assalamualaikum,
Segala puji hanyalah milik Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan alam semesta, Nabi Muhammad saw, yang telah berjuang tanpa mengenal lelah, mengeluarkan manusia dari gelap gelita menuju kepada cahaya Allah.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarokaaaaaatuh!
Berdirinya saya di sini adalah untuk menyampaikan sebuah pidato bertajuk : FACEBOOK
Dengan lafaz Bismillahi Rahmani Rahiiim.
“InsyaAllah….InsyaAllah, InsyaAllah…you’ll find your way”
Wahai teman-teman yg dikasihi sekelian.
Kamu tahu apa persamaan saya dengan penyanyi nasyid terkenal Maher Zain?
“Allahi Allahi Ya karo…”
Saya dan dia, sama sama ada Facebook! Ya! Ammar Badhrulhisham ada FB akaun, Maher Zain juga ada FB akaun. Kami sama walau pun tidak serupa!
Kalau begitu, di mana pula yang tak serupanya?
Dia punya 900 ribu ‘friends’ dari kalangan peminat-peminatnya di Malaysia, sedangkan saya cuma ada 90 sahaja. ADUH!!
Kalian di depan saya punya facebook?
Kalian tahu apa itu facebook?
Facebook sebenarnya adalah satu jaringan social paling berkesan dan luas penggunaannya di seluruh dunia oleh pelbagai golongan:
Dari org awam hingga terpelajar
Dari kanak-kanak hingga org tua
Dari artis dan ahli sukan……….
Semua mengguna facebook.
Facebook telah berjaya menjadikan org lebih rapat dan akrab, tidak terhad kepada tempat, masa dan jarak. Boleh diakses di mana-mana.
Agh!! Begitu sekali F.A.C.E.B.O.O.K !! Hebat atau tidak?
Tapi facebook kan satu teknologi? Pasti ada baik dan buruknya. BENAR!!
Setiap sesuatu teknologi itu pasti ada baik dan pasti ada buruknya.
Tapi itu semua bergantung kepada kita yang bergelar ‘pengguna’. Bukan salah teknologi itu kalau ia disalahgunakan. Ibarat pisau yang boleh memotong, ia juga boleh menikam,
TERSERAH!
Pokoknya, kita bagaimana? Harus dimanafaatkan facebook untuk apa?
Kita muslim kan?
Kita umat Nabi Muhammad saw kan?
“Kamu adalah sebaik-baik umat yg dikeluarkan, kamu menyeru kepada kebaikan dan mencegah dari kemungkaran, dan kamu beriman kepada Allah swt.”
(Al Imran :110)
Kita adalah sebaik-baik umat yg pernah dikeluarkan, kerana tugas dakwah yg kita seru.
Nah! Guna saja teknologi facebook untuk tujuan dakwah.
Tapi, bagaimaan? Hmmmm……………
Dalam facebook boleh menuliskan? Boleh didengar, boleh dilihat fotonya, boleh ditonton videonya…
Maka, di situlah medium dakwah! Wasilahnya!
Menulislah, untuk dibaca tulisan kamu.
Perdengarkanlah ucapan dan nasyid yg mengingatkan,
Perlihatkanlah kehebatan dan keagungan Allah swt melalui kita dan alam.
Pertontonkanlah tazkirah-tazkirah yg menggegarkan hati.
Berilah peringatan, sesungguhnya peringatan itu bermanafaat bagi org mukmin.
(Az-Zariyat : 55)
Kawan-kawan, sebarkanlah kefahaman Islam melalui wasilah-wasilah itu tadi, pasti akan ada yg terkesan di hati. Syaratnya, ikhlas menyampaikan, pasti terkesan pada yg ditujukan.
Dan, ingat ya kawan-kawan, setiap perlakuan itu pasti ada adab-adabnya. Dalam ber’facebook’ juga, tidak terkecuali, ada adab-adab yg harus kita ikuti:
1. Jaga adab berkomunikasi – guna bahasa yg baik, jgn mengumpat jangan mengeji
2. Jaga aurat dan pandangan mata- jangan dilihat, dimuat naik atau dimuat turun gambar-gambar yg membuka aurat.
3. Jangan terlibat dalam mainan yg melalaikan dan bercanggah dengan tata susila Islam.
Kawan-kawan, itu hanya sebahagian dari adab-adabnya. Asalkan kita ikhlas mengguna facebook sebagai medium dakwah, insyaAllah, kita akan selamat.
Mohon taufiq dan hidayah Allah, Allah kan Maha Pengasih lagi Maha Penyayang?!
AYUH KAWAN-KAWAN! MARI BERDAKWAH MELALUI FACEBOOK!
Allahul muwafiq, ila akwa min toriq.
Wassalamualaikum warahmatullahi wabarokaaaatuh!
haa!best tak? best kan? FB ni memang luas sampai pintu rafah pun terbuka! hebat2...
okey lah,bubye!!!!wassalamualaikum warahmatullah
Posted by ammae@wakaka at 6:30 AM 0 comments
assalamualaikum,maaf lupa nak publish
ni nak sambung Maulidur Rasul part 1...
nak cerite camner kelahiran nabi kita yang disanjung sehingga sekarang,
waktu nabi muhammad lahir bintang2 macam tu dekat sangat sampai Fatimah al-thaqfiyah iatu jiran aminah muhammad berkata,"bintang2 itu seperti terlalu dekat sampai saya risau bintang tu jatuh kat atas saya"
haaa.....betapa hebatnya peristiwa tu kan?biasanya baby lahir terlentang tapi nabi muhammad meniarap pulak,kepala dia dongak kat atas langit,matanya bersinar2 seperti melihat sesuatu jarinya terangkat angkat seolah-olah sedang mengucap sesuatu matanya merenung ke langit...hebat kan?baunya wangi macam letak sabun banyak2...
wow!!!kalau la dapat tengok rase cam nak pengsan besnya :D ...
Maulidur Rasul banyak caranya nak menyambutnya berarak ramai2.....baca al-qur'an surah anbiya ke,muhammad ke kan?rase bes dan sejuk je pagi ni,burung2 menyanyi nyanyi seronok.Muhammad maksudnya terpuji kan?abdul mutalib rasenye yang mimpi jumpa sorang laki ni cakap suruh bagi nama cucunya kot laa..x pasti sama ada mak die atau atuk die..korang rse x aman je pagi ni xde rasa risau pun seronokya...
lawa x?lawa gak kan?
bes tul.....ok lah bye2..sori telaga idea dah kering...
salam
Posted by ammae@wakaka at 4:06 AM 0 comments
assalamualaikum,
sekarang ni dah lama x update sori la sesangat.....
-__- x de idea nak buat,bile hari special ni baru la ade idea...
okey,mulakan tazkirah ini dengan lafaz basmalah..
baiklah,menatang mentang la esok cuti ambik 'chance' la nak ngendeng mak nak posting ni kan,so,ni nak pesan
janganlah nak rasa sayang kat nabi muhammad S.A.W sekarang,patutnye setiap kali kita kena rasa kasih sayang pada dia..cuba teka,nikmat apa yang paling berharga dia bagi pada kita,
pertama:islam
kedua:iman
rasa nya kita boleh ke nak setaraf dengan dia....x mungkin betul tak,cuma saydina Abu Bakar je yang sangat dekat dengan dia..dalam satu cerita x ingat yang mana satu rasullullah berdo'a cam ni,"ya Allah,bagi lah abu bakar sama darjat dengan ku .betapa seronok nya kalau kite ni jadi abu bakar...tapi x boleh la dapat senang2
camtu je kan kite kene lah beribadah dan berdakwah...macam abu bakar ni dia dah banyak berkorban untuk islam....kita perlu mencontohi
umair bin zaid dia mengalahkan rom sewaktu umurnya 19 tahun,10 tahun lagi tak lama (bagi ammar la :p)
sultan muhammad al-fateh dia menakluk konstantinopel pada umurnya 21 tahun lagi 12 tahun lagi tak lama...
ni ada pertandingan nasyid sempena maulidur rasul kat sekolah ada satu sajak yang mualimah Sumaiyah Baharin yang buat sajak untuk kitorang iatu guru kelas ana. cam ni sajaknya:
Rasulullah bagaikan cahaya,
Menyinari hidup kami,
Rasulullah berakhlak mulia,
Idolaku selamanya....
bes tak?
kitorang kena nyanyi lagu maher zain iatu 'the Chosen one'
bes terlalu bes.....tapi bile berlatih qaiyum kacau ...nyanyi lagu 'o big fried chicken' :D
kelakar tapi annoying ..ok,lagu ni kalau di tafsirkan adalah perlakuan yang rasulullah buat dan orang yang dulu2 tu..waktu akhir tu dia dah cakap dah kan.so,kite perlu contohi benda2 dalam video ni(bukan yang bercasino atau buang sampah dan lain2 tu okeh?)benda yang baik je kita contohi
lawa x? biasa2 jer kan?
sori laa sebab esok ade part 2 xde idea plak laa....
wassalam,
Posted by ammae@wakaka at 3:15 AM 0 comments