Friday, February 17, 2012

12 Feb peristiwa bersejarah!

assalamualaikum,


jangan ingat ana salah tarikh maulidur eh...ana sebenarnya nak mencerita kan tentang sejarah seorang cendekiawan islam yang sangat berjasa...sesetengah orang tahu tentang peristiwa berdarah pada 12 Feb 1949 iaitu kematian hassan al-banna.beliau adalah pengasas ikhwan muslimin yang menjadi kebanggaan islam.beliau disegani kawan dan lawan,beliau lahir pada bulan oktober 1906,ayah beliau adalah seorang syeikh.

Hassan Al-Banna berdakwah dekat serata tempat kat kedai kedai kopi.beliau menyebabkan banyak pelanggan datang ke kedai kopi yang dia pergi untuk mendengar dan mempelajari tentang islam sehingga tauke kedai kopi lain ajak beliau untuk pergi ke kedainya sebab dia tengok ramai pulak orang dok kat kedai kopi lain.

beliau begitu risau apabila tengok kecelaruan identiti pada zaman itu.sehingga beliau berkata "kami begitu risau hingga kami menangis"(kami tu kawan kawan beliau).betapa beliau kepada ambil berat tentang kita.

pada 12 Feb 1949 dia meninggal akibat ditipu oleh polis kerajaan yang beliau diberitahu bahawa ada sebuah perjumpaan dekat satu tempat tu.beliau pergi ke sana tetapi beliau tengok takde orang pun kat situ.beliau pun tunggu di dalam kereta sampai satu masa,beliau rasa hairan dan syak wasangka.tiba-tiba sekumpulan orang yang tidak dikenali terus menembak hasan al banna.

berita itu tersebar dengan cepat orang mahu mengebumikan beliau tapi tidak dibenarkan oleh polis.hanya ayah nya saja yang boleh mengebumikan dia.

itu lah sejarah imam hasan al banna.jahat betul polis ni. orait lah bye

:face64:wasallam:face64:

Sunday, February 12, 2012

1st achievements!


:face18:assalamualaikum!


haha,ari ni ana buat satu gambar guna pototop(photoshop). ni pertama kali yang buat betul2 so takut buruk la.
:face15:hehe.kakngah(aisyah)kata comey.x tau la,simple sangat ni. mungkin betul kot.haha:face46:dengan ini saya mempersembahkan.....


haha....kat atas la pulak.silap la....tapi takpe.well,this my first pototop achievement!!!mungkin lepas ni saya akan post some thing like this setiap bulan atau setiap minggu.so check it out!

wallahu'alam.assalamualaikum.

Tuesday, December 13, 2011

holiday is almost over!!!

:face32:assalamualaikum,


sedar sedar dah pertengahan bulan dah ek?
dah nak abis cuti dah.....men laptop pun x banyak chance...
:face46:tapi okey gak bleh buat aktiviti keluarga banyak-banyak skit...kalau nk study,skit 2 pon bleh la...:face71:(malas).haha,tapi kena jugak study.ati mesti ikhlas Boy.heheh,apapun...camne holiday korang bes ke x bes?
citer pengalaman holiday skit..
kitorang ari jumaat ni gi KL,jumpe ank sedare.oppa lah tu.
:face52:hehehe...comel kot dia.ana ngan kakak ana atau abg ana duk dua hari kat situ.mak,abah & abang sorang lagi duk hotel kat ampang.

rasa x sabar gak nak jumpe oppa.lagi pun kan ana feveret uncle dia....haha saje je abang2 ana jangan marah ana cakap gitu....ceritakan holiday kamu semua di....Blog kamu sendiri!sape x de blog citer skit kan shoutbox ke?komen ke?
bagi link kepada seseiapa yang ada blog tu.
:39:lapar lak...okey babai lah

wassalam.......

Saturday, December 3, 2011

Sekolah baru -_-

assalamualaikum,


sekarang ana dah pindah koloh.sedih juga la.....tu pun sebab kengkawan la kan.ana pindah sekolah yang bernama Sri Abbas dekat2 ngan surau sungai isap tu(yang kaler pink).kecik je sekolah nya.nak upload gambar las.haha,jangan marah...mak ana kata pegi sekolah abbas ni untuk pelajaran yang lagi bagus dari Al-Irsyad.tapi tak tau lak kawan nya pun lagi bagus atau tak :P .
baru daftar hari tu.ana duduk kat 5 hassan.kelas nya lebih kuang sama je la irsyad.tapi mungkin sistem abbas lagi bagus kot,sebab mak ana selalu kata abbas lagi bagus....

tapi nasib baik nya,ana ada kawan rapat sejak tadika lagi(tapi terpisah kelas waktu darjah dua.
kelasnya ada satu je.so,mesti rapat sedarjah.mak ana pun kata yang mualim&mualimah boleh fokus kepada darjah 1,2,3,4,5&6.memang betul la kot....sekarang baru rajin nak upload gambar....
inilah dia sekolah rendah ibnu abbas!!!

ok sekian,babai semua

wassalam,

Thursday, November 3, 2011

Rufaidah,Kak Ngah first child

assalamualaikum,semua.

sekarang ni ana dok kat umah ana je.dan sekarang ni jugak kedengaran suara bayi merengek-rengek.
bayi ini lahir 13 Oct 2011.dia lahir di Kuantan,Pahang.tempat dilahirkan pula KMC(Kuantan Medical Center)dia adalah PUTERI kepada Mohd.Afiq bin Mohd yusuf dan kakak ana,Aisyah binti Badhrulhisham,sekarang ni ummi ngan abi dia jadi fascilitator di sekolah SMART di Tok Sira.dia baru ditangkat oleh Atinnya(nenek dia).ana ngan mak ana lah yang kene jaga nya.

rupa baby yang newborn ni lebih aje kan?kalau camtu mesti korang dah tau rupa Rufaidah sebab nampak sama kan? tspi korang mesti tengok gak gambar niece Acu dia  ni.



haha comel x?tangan terangkat,mulut ternganga.
ni jumpa satu poem ni

Precious one,
so small,
so sweet.
dancing in on her feet,
straight from ummi's
brightest star.

what a miracle you are

heh,sweet x?haha.sekarang ni dia cuba nak sendawa
abis lah kot post ni assalamualaikum

Saturday, August 6, 2011

Hifzil Qur'an 2011

assalamualaikum semua.....

harap-harap ade gak la org yang baca blog yang dah bersawang selepas meninggalkan blog ni lebih kurang 3 bulan ni.

6 Ramadhan 1432 H Jumaat:-pada dua hari yang lepas,Sekolah Rendah Islam Al-Irsyad Kuantan mengadakan Hifzil Qur'an yang agak hebat tapi boring.(faham tak?)apa yang hebat adalah ana dan rakan2 sekelas ana menyanyikan tiga buah nasyid yang bertajuk Harapan Ramadhan,do'a khatam Qur'an dan the Chosen one.yang boringnya pulak adalah kena menunggu di luar surau selama 4 jam.tapi yang tu waktu pukul 10:30 pagi

pada pukul 9:00 pagi adik kepada salah seorang kawan sekelas ana,Fadzlul Hadi Faez,dan adiknya,Fadzlul Baqi bin Fadzil,(tak tau ada Faez ke tak) darjah satu,mengaji surah Al-Kausar, surah Bayyinah dan surah Al-Quraisy tak silap.dan rival nya Haadi lak ngaji surah ape tak ingat la pulak dan banyak lagi rival yang lain2...

pada pukul 10:30,aana dan lain2 pun menyanyikan nasyid yang bertajuk Harapan Ramadhan sahaja.tapi yang silapnya adalah kawan sebelah ana tak goyang.banat yang sepatutnya senyap sekejap sementara walad menyanyikan satu perenggan pun ikut walad jugak.agak tak perfect la.memangla tak leh nak wat perfect tapi mualimah mestilah marah habis merah tangan bekas kena cubit.auww..sakitnya!

pada pukul 11:00,kitorang kena berlatih menyanyikan nasyid yang tinggal dua je lagi tu di belakang surau.ada gak silap.banat dan walad la yang silap patutnya walad yang nyanyi banat pun ikut.bila banat yang sepatutnya menyanyi walad pun ikut dan yang ana tak puas hati adalah yang dekat belakang surau tu kan ada tanah liat so kena lah berlatih kat situ tanpa kasut(kecua;i banat la)tapi tu bukan problem nya lagi.yang problem nya adalah kawan ana,qaiyum tak nak diri atas tanah liat tu,so ana nasihat la kat surau kan ada tempat wuduk so boleh la basuh kaki nanti tapi dia tak nak gak dia tarik ana ter masuk dalam selut.grr!!ana marah sangat kat dia!

pada pukul 11:30,kitorang pun gi la bernasyid,biase2 je la kan...lepas tu lak apa...haa!cubelah teka,bendenya adalah penyampaian hadiah.adik Fadzlul tu dapat nombor....2!bleh tahan la kan,kan?yang pertamanya ialah haadi....yang keseluruhan punya pemenang ialah atifah binti ali dengan markah 95(darjah 1 sampai darjah 6)yang sedihnya yang kitorang buat nasyid tu hanya lah persembahan so,x dapat lah hadiah...tapi xpe lah pengalaman kan?okey lah jom kita rehat dulu.

wabillahi taufiq wal hidayah,wassalam,wallahua'lam..

Sunday, June 5, 2011

Facebook

Assalamualaikum,:face55:


Haritu kan, ana ada masuk pertandingan pidato untuk Mahrojan Nazim antarabangsa! Tapi mula-mula ada pertandingan peringkat Zon, ana Zon Timur. Tapi kan, ana dapat no. 3 je..:face29: Sedih kot. Wuhuhu.. Ingatkan dah lepas, tapi rupanya kene jugak pegi peringkat antarabangsa! Sebab ana sorang laki, so menang tanpa bertanding la kire..:face7:

So, perginya ana ke Putrajaya, untuk bersyarah tentang...facebook Apekah?:face25: Nak tau? Baca lagi, baca lagi!!

Korang tau, ape yang sama ana and Maher Zain, yang lagu baru dia best, Freedom.. Tetiba je.. Ok, ana ngan dia, dua-dua ada FB! Hoho!

Korang tau, FB tu mende? FB ni,
adalah facebook.
berikutnya adalah skrip pidato yang mak ana buat:

Segala puji hanyalah milik Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan alam semesta, Nabi Muhammad saw, yang telah berjuang tanpa mengenal lelah, mengeluarkan manusia dari gelap gelita menuju kepada cahaya Allah.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarokaaaaaatuh!

Berdirinya saya di sini adalah untuk menyampaikan sebuah pidato bertajuk : FACEBOOK

Dengan lafaz Bismillahi Rahmani Rahiiim.

“InsyaAllah….InsyaAllah, InsyaAllah…you’ll find your way”

Wahai teman-teman yg dikasihi sekelian.

Kamu tahu apa persamaan saya dengan penyanyi nasyid terkenal Maher Zain?

“Allahi Allahi Ya karo…”

Saya dan dia, sama sama ada Facebook! Ya! Ammar Badhrulhisham ada FB akaun, Maher Zain juga ada FB akaun. Kami sama walau pun tidak serupa!

Kalau begitu, di mana pula yang tak serupanya?

Dia punya 900 ribu ‘friends’ dari kalangan peminat-peminatnya di Malaysia, sedangkan saya cuma ada 90 sahaja. ADUH!!

Kalian di depan saya punya facebook?

Kalian tahu apa itu facebook?

Facebook sebenarnya adalah satu jaringan social paling berkesan dan luas penggunaannya di seluruh dunia oleh pelbagai golongan:

Dari org awam hingga terpelajar

Dari kanak-kanak hingga org tua

Dari artis dan ahli sukan……….

Semua mengguna facebook.

Facebook telah berjaya menjadikan org lebih rapat dan akrab, tidak terhad kepada tempat, masa dan jarak. Boleh diakses di mana-mana.

Agh!! Begitu sekali F.A.C.E.B.O.O.K !! Hebat atau tidak?

Tapi facebook kan satu teknologi? Pasti ada baik dan buruknya. BENAR!!

Setiap sesuatu teknologi itu pasti ada baik dan pasti ada buruknya.

Tapi itu semua bergantung kepada kita yang bergelar ‘pengguna’. Bukan salah teknologi itu kalau ia disalahgunakan. Ibarat pisau yang boleh memotong, ia juga boleh menikam,

TERSERAH!

Pokoknya, kita bagaimana? Harus dimanafaatkan facebook untuk apa?

Kita muslim kan?

Kita umat Nabi Muhammad saw kan?

“Kamu adalah sebaik-baik umat yg dikeluarkan, kamu menyeru kepada kebaikan dan mencegah dari kemungkaran, dan kamu beriman kepada Allah swt.”

(Al Imran :110)

Kita adalah sebaik-baik umat yg pernah dikeluarkan, kerana tugas dakwah yg kita seru.

Nah! Guna saja teknologi facebook untuk tujuan dakwah.

Tapi, bagaimaan? Hmmmm……………

Dalam facebook boleh menuliskan? Boleh didengar, boleh dilihat fotonya, boleh ditonton videonya…

Maka, di situlah medium dakwah! Wasilahnya!

Menulislah, untuk dibaca tulisan kamu.

Perdengarkanlah ucapan dan nasyid yg mengingatkan,

Perlihatkanlah kehebatan dan keagungan Allah swt melalui kita dan alam.

Pertontonkanlah tazkirah-tazkirah yg menggegarkan hati.

Berilah peringatan, sesungguhnya peringatan itu bermanafaat bagi org mukmin.

(Az-Zariyat : 55)

Kawan-kawan, sebarkanlah kefahaman Islam melalui wasilah-wasilah itu tadi, pasti akan ada yg terkesan di hati. Syaratnya, ikhlas menyampaikan, pasti terkesan pada yg ditujukan.

Dan, ingat ya kawan-kawan, setiap perlakuan itu pasti ada adab-adabnya. Dalam ber’facebook’ juga, tidak terkecuali, ada adab-adab yg harus kita ikuti:

1. Jaga adab berkomunikasi – guna bahasa yg baik, jgn mengumpat jangan mengeji

2. Jaga aurat dan pandangan mata- jangan dilihat, dimuat naik atau dimuat turun gambar-gambar yg membuka aurat.

3. Jangan terlibat dalam mainan yg melalaikan dan bercanggah dengan tata susila Islam.

Kawan-kawan, itu hanya sebahagian dari adab-adabnya. Asalkan kita ikhlas mengguna facebook sebagai medium dakwah, insyaAllah, kita akan selamat.

Mohon taufiq dan hidayah Allah, Allah kan Maha Pengasih lagi Maha Penyayang?!

AYUH KAWAN-KAWAN! MARI BERDAKWAH MELALUI FACEBOOK!

Allahul muwafiq, ila akwa min toriq.

Wassalamualaikum warahmatullahi wabarokaaaatuh!

haa!best tak? best kan? FB ni memang luas sampai pintu rafah pun terbuka! hebat2...

okey lah,bubye!!!!wassalamualaikum warahmatullah